Tuesday, October 27, 2009

KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK 2009


PLD Tanah Merah melalui SK Sri Suria (1) telah menghantar 10 gimnastik ke Kem Bakat Gimnastik 2009 yang diadakan di Kuantan bermula dari 23 hingga 25 Oktober. Kami menginap di Santuary Resort, Cherating. Best juga tempat tu,....maklumlah dekat dengan pantai.

Inilah wakil gimnas dari PLD Tanah Merah semasa bergamabar kenang-kenangan di hadapan Gimnasium SUKPA. Diantara gimnas dari SK Sri Suria (1) ialah Izzat Aiman, Muhd Fauzan, Muhd Shahir Irfan, Muhg Azim Izzuddin dan Muhd Arif Azim (SK Belimbing). Gimnas perempuan pula ialah Noor Shazlien, Siti Nurzat, Siti Nurul Nadirah, Nurul Syasya dan Nur Ain Athirah. Semua gimnas ini ialah murid tahun 4 kecuali Muhd Arif Aim iaitu murid Tahun 2.


Kenangan semasa di dewan makan. Mewah la depa makan tu...siap boleh tambah lagi. Maklumlah makan kat resort, bila lagi nak merasakan suasana makan kat situ. Kan!

Beratur menunggu giliran untuk masuk ke Gimnasium SUKPA.



Amboi! Siap buat 'peace' lagi tu.



Ada sedikit kecederaan pada gimnas kita. Ala......luka sikit je tu. Tapi masa lari dapat nombor 1.




Gembiranya semasa siap latihan di dalam gimnasium.



Hah....inilah ujian "Hand Stand". Sapa yang dapat buat melebihi 60 saat, dapat 10 markah. Kacang je tu...







Inilah cikgu dia yang menghantar gimnas ke Kuantan. Posing bang jangan tak posing....

Read more...

Saturday, October 24, 2009

SKSS1 CATAT NAMA DI TAEKWANDO CHAMPIONSHIP

Dua orang pelajar SKSS1 telah menyertai Kelantan Invitation Carnival Taekwando Championship Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok, Kelantan pada 23 dan 24 Oktober lalu.

Pelajar tersebut adalah Nik Farizi bin Nik Murzaini dan Nik Md. Fakhiri bin Nik Murzaini. Nik Farizi telah keluar sebagai Johan Kategori Sparring Event 42kg ke atas manakala adiknya Nik Md. Fakhiri telah mendapat Naib Johan kategori Sparring Event 42kg ke atas.

Nik Md Fakhiri Nik Murzaini (Naib Johan) segak bergambar kenangan disisi PK Ko, En Nik Ahmad Fuad.
Nik Farizi Nik Murzaini ( Johan) bangga menerima medal daripada PK Ko, En Nik Ahmad Fuad.

Tahniah buat mereka berdua kerana telah menaikkan nama sekolah dalam bidang seni bela diri tersebut. Tahniah dan Syabas!Tuan GB menerima plak penghargaan bagi pihak sekolah sempena kejayaan dua orang pelajar dalam Taekwando.

Read more...

KEJAYAAN KELAB DOKTOR MUDA

Kelab Doktor Muda dibawah bimbingan Cg. Alizan Jali telah menyertai Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 22 Oktober 2009.

Nur Izzati bt Zainudi telah mendapat tempat ke3 bagi Kategori Buku Inovasi.

Nur Zulaikha Izaati bt Azhar pula telah muncul sebagai Naib Johan Kategori Esei.

Nadhirah Sofiya telah muncul sebagi Johan kategori Melukis Poster sempena Konvensyen tersebut.

Tahniah & Syabas kepada semua peserta dan guru pembimbing iaitu Pn Alizan, Pn Azilawati dan Pn Mona.

Read more...

Wednesday, October 21, 2009

KEM BAKAT GIMNASTIK 2009

10 orang murid Suria 1 akan mewakili PLD Tanah Merah ke Kem Bakat Gimnastik Artistik Peringkat Zon Timur 2009 yang akan diadakan di Kuantan. Mereka akan diiringi oleh Cikgu Azmi Ismail. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Read more...

Monday, October 19, 2009

PENCAPAIAN KOKURIKULUM















Read more...

Saturday, October 10, 2009

SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke laman blog Unit KoKurikulum SK Sri Suria 1. Kandungan blog ini memaparkan aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar-pelajar SK Sri Suria (1) sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP