Sunday, March 28, 2010

KEJOHANAN BOLA TAMPAR TQE1

Pasukan Bola Tampar telah menyertai Pertandingan Bola Tampar peringkat TQE1 di SK Bukit Gading pada 28 Mac 2010.

Paukan Bola Tampar Lelaki

Pasukan Bola Tampar Perempuan

Sesi latihan di waktu petang.


AJK PIBG juga turut turun padang memberi sokongan moral dan tenaga.

Berlatih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran.

Jurulatih pasukan Bola Tampar terdiri daripada En. Wan Ibrahim bin Wan Ali, En. Mohd. Nasir bin Idris dan Pn. Anida bt Che Ismail.

Read more...

Saturday, March 27, 2010

SURIA 1 JOHAN BOLA JARING TQE1 2010

Pada 24 Mac 2010 (Rabu), pasukan Bola Jaring sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Peringkat TQE1 di SK Alor Pasir. Perlawanan dijalankan secara Liga. Antara keputusan perlawanan adalah seperti berikut;

Peringkat Awal;
SS1 vs SS3 (9-0)
SS1 vs SKBL (17-1)

Separuh akhir;
SS1 vs SKBG (11-4)

Peringkat Akhir;
SS1 vs SKAP (12-2)

Tahniah kepada semua pasukan sekolah yang telah bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Syabas juga diucapkan kepada semua Jurulatih khasnya kepada Pn Faridah Kadir, Pn Nor Adzleena Wahap, Pn Marina Kahar dan Pn Nik Hasni.

Senarai Pasukan Bola Jaring SK Sri Suria 1.
Khaleeda bt Zainuddin 6A
Khaleena bt Zainuddin 6A
Nor Arni Nazira bt Mohamad Ridzuan Kalechelvan 6A
Wan Farah Addnin bt Wan Din 6A
Nur Aisyah bt Husin 6F
Mahirah Najwa bt Mohamad 6D
Nurien Amalein bt Zailani 6F
Siti Shaniza bt Ibrahim 6D
Nurul Fatin Umairah bt Mat Asari
Nur Syariqah Nazirah bt Mohd Shardani
Ainul Hayat bt Noordin


Read more...

SURIA 1 JOHAN ZON DI KEJOHANAN OLAHRAGA TQE1 2010

Kejohanan Olahraga TQE1 telah diadakan di SK Sri Kelewek pada minggu lepas dan SK Sri Suria 1 telah mendapat Johan Keseluruhan dengan pencapaian yang memberangsangkan. Antara olahragawan dan olahragawati yang berjaya adalah seperti berikut;
Nur Izzati bt Rosland-Lompat Jauh (Emas)
Siti Nurzat bt Yusof-Lompat Tinggi (Emas) dan 200M (Emas)
Nurain Atirah bt Rosli-200M(Perak)
Wan Irfan Masli b Wan Rosli-Lontar Peluru (Perak)
Nur Aina Amirah bt Ahmad Shukeri-Lontar Peluru (Perak)
M Afiz Azim b Zainuddin-200M (Perak)
Siti Shaniza bt Ibrahim-100M (Perak)
Nurul Syasya bt M Yatim-Lompat Tinggi (Gangsa)
M Syafik Irfan b Kamaruzaman-100M (Gangsa)

Pencapaian Keseluruhan adalah 3 emas, 5 perak dan 2 gangsa. Tahniah dan Syabas kepada semua athlit dan khususnya Cg. Mokhtar, Jurulatih Olahraga!

Read more...

Monday, March 22, 2010

SURIA 1 JOHAN BOLA SEPAK TQE1

Kejohanan Bola Sepak TQE1 diadakan pada 22 Mac 2010 di SK Sri Suria 1. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian adalah pasukan bola sepak SK Alor Pasir, SK Bechah Laut, SK Sri Kelewek, SK Bukit Gading, SK Sri Suria 3 dan tuan rumah, SK Sri Suria 1. Pertandingan dijalankan secara liga dengan 2 kumpulan.



Pertandingan peringkat akhir menyaksikan pasukan SK Sri Suria 1 berentap dengan SK Sri Kelewek dan keputusannya pasukan SK Sri Suria 1 telah keluar sebagai Johan Bola Sepak TQE1. Tahniah dan Syabas kepada Jurulatihnya iaitu Cikgu Azman bin Mohd. Yusoff dan semua pemain-pemain. Majlis penyampaian pingat kejohanan bola sepak disempurnakan oleh En Ong Ek Siang, PK KoKurikulum, SK Seri Kelewek.


                  

Read more...

Saturday, March 20, 2010

SURIA 1 NAIB JOHAN SEPAKTAKRAW TQE1


Pasukan Sepak Takraw Suria 1 telah muncul sebagai Naib Johan pertandingan Sepak Takraw TQE1 yang telah diadakan di SK Bechah Laut pada 25 Februari lalu. Antara murid yang mewakili pasukan sekolah ialah Md. Azim bin Md. Suburi, Md. Afiq Idham bin Salleh, Wan Irfan Masli bin Wan Rosli dan Md. Aidielshazril Hazili bin Md. Anuar.

 Pasukan Sepak Takraw sekolah bersama Jurulatih mereka iaitu Ustaz Erome bin Berhim.

Pemain-pemain sedang menerima pingat daripada Tuan Guru Besar, YM Hj. Tg. Hamzah bin Ku Seman.

Read more...

Monday, March 1, 2010

AKTIVITI KELAB KOMPUTER

Ahli-ahli kelab sedang menyiapkan tugasan yang diberikan menggunakan ICT.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP