Thursday, May 6, 2010

SURIA 1 CEMERLANG DALAM BOLA TAMPAR DAN CATUR MSSD TANAH MERAH

Pada 22 April 2010 lalu (Khamis), 3 orang murid SK Sri Suria 1 telah mewakili Zon TQE 1 dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD Tanah Merah dan telah mencapai Naib Johan. Murid-murid tersebut adalah Nur Athirah bt Che Hassan Azmi (6 Arif), Wan Nur Syahirah bt Wan Muhd Subri (6 Arif) dan Nurhidayah bt Hamzah (5 Dinamik).

Sementara itu SK Sri Suria 1 telah menghantar 11 orang peserta dalam Kejohanan Catur MSSD Tanah Merah. 6 orang peserta kategori bawah 12 tahun lelaki dan 5 orang peserta kategori bawah 12 tahun perempuan. Keputusannya adalah 5 orang peserta telah berjaya mewakili PPD Tanah Merah ke Peringkat Negeri Kelantan. Dalam Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, peserta sekolah telah mendapat tempat pertama, kedua, kelima dan keenam sementara bagi Kategori Bawah 12 Tahun perempuan, peserta sekolah telah mendapat tempat pertama. Guru pembimbing mereka ialah Ustaz Safuan bin Hassan. Tahniah dan syabas!

Read more...

Saturday, April 17, 2010

2 PEMAIN SURIA 1 TERPILIH KE KEJOHANAN BOLA JARING MSSK

2 orang pemain dari SK Sri Suria 1 telah terpilih mewakili pasukan Daerah Tanah Merah ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri Kelantan iaitu Nor Arni Nazira Md Ridzuan dan Khaleena bt Zainuddin.


Kejohanan Peringkat MSSK ini berlangsung di Dewan PPD Pasir Mas pada 15hb April 2010. Pasukan PPD Tanah Merah diwakili oleh pemain dari SK Lalang Pepuyu, SK Sri Suria 1 dan SK Sokor.

Pasukan PPD Tanah Merah muncul sebagai juara kumpulan apabila berjaya mengalahkan pasukan dari PPD Pasir Putih, PPD Machang dan PPD Kota Bharu Utara dengan kemenangan mudah.  Pada peringkat separuh akhir pasukan kita telah dipertemukan dengan pasukan PPD Pasir Mas, kemenangan berpihak kepada PPD Tanah Merah dengan jaringan 18-13.  Akhirnya PPD Tanah Merah muncul sebagai johan MSSK setelah berjaya menewaskan PPD Bachok dengan jaringan 11-9.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan kita yang telah menunjukkan semangat berpasukan serta semangat kesukanan yang tinggi..



Penyampaian pingat dan sijil kepada pemain-pemain disempurnakan oleh Puan Hjh Zaiton bt Mohd Zain, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Tanah Merah.

12 orang pemain  Bola Jaring Tanah Merah, selaku johan juga telah menerima sepasang kasut dan juga bakal mendapat wang sumbangan ikhlas daripada En. Ridhuan b. Abdullah dan isteri bernilai RM500 seorang.
                                      En. Riduan bersama isteri dan anaknya Nur Arni Nazira

Syabas dan tahniah  diucapkan kepada jurulatih-jurulatih pasukan bola jaring Sri Suria 1 dan SK Lalang Pepuyu iaitu Pn. Faridah Kadir, Puan Adzleena Wahap, Puan Marina Abu Zahar, Pengerusi teknik Nik Hasni bt Nik Yaakub, PK Ko SKLP En. Chin, En. Kamil serta jurulatih dari SKLP di atas segala komitmen yang ditunjukkan.



                                    

Read more...

Monday, April 12, 2010

LATIHAN RUMAH SUKAN 2010

Pics sekitar latihan rumah sukan yang bermula hari ini 12 April 2010.

Ni juara tahun lepas nie...
Macamana erk....
Jom kita race.....
Eh...eh...nak jatuh la....
Mari sini cikgu tunjuk macam mana nak main benda nie....Eh, eh, eh....
Haaaa....cam ni laaaa.....
Tadi tengok cikgu buat senang jah....
Juara 60an....tapi kena guna dua pembantu....hehehe....

 

Read more...

KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT MSSD TANAH MERAH (BAWAH 12)

Pertandingan telah diadakan pada 11 April 2010 lalu di SMK Vokasional Tanah Merah. Antara pasukan yang bertanding adalah SK Sri Suria 1, SK Kemahang 3, SK lalang Pepuyu, SK Sokor, SK Peralla dan SK Bukit Panau.


SK Sri Suria 1 telah keluar sebagai Johan Kumpulan 2 dengan menewaskan SK Peralla dan SK Bukit Panau pada peringkat awal. Pada separuh akhir, SK Sri Suria 1 telah keluar sebagai Johan dengan menewaskan SK Sokor.


Walau bagaimana pun, SK Sri Suria 1 telah kecundang di tangan SK Lalang Pepuyu di peringkat akhir dan berpuashati dengan kedudukan sebagai Naib Johan. Guru Besar, Tuan Haji Tg. Hamzah bin Ku Seman juga turut hadir memberi sokongan kepada pasukan sekolah.

Read more...

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TANAH MERAH 2010

Pada 6 hingga 8 April 2010 Kejohanan Balapan dan Padang MSSD telah diadakan di SMK Kemahang. Dalam kejohanan tersebut, Mohd Akid Alias telah mendapat tempat ke-3 dalam 4X100 dan 4X200(L). Sementara itu, Siti Shaniza pula telah mendapat tempat ke-3 dalam 4X100(P). Tahniah dan syabas diucapkan.

Read more...

Sunday, April 4, 2010

TAHNIAH KEPADA ADIK MOHD AQIL SYAHMIN!


Murid SK Sri Suria 1, Mohd. Aqil Syahmin bin Md. Jailani dari Tahun 6 Cemerlang keluar sebagai Johan dengan menggondol Pingat Emas Kategori Sparring (Light) dalam Kejohanan Taekwando Remaja Jemputan Rakan Waja Diri Kali Ke-5 yang telah dilangsungkan di Kompleks Silat Negeri, Pulau Pinang pada 27 hingga 28 Mac 2010 lalu. Tahniah dan Syabas buat adik Mohd. Aqil Syahmin.

Adik Mohd Aqil Syahmil bersama Tuan Guru Besar, Hj. Tg. Hamzah bin Ku Seman. Adik Mohd Aqil menerima Hadiah Galakan Kecemerlangan KoKurikulum daripada Tuan Guru Besar.

Read more...

Sunday, March 28, 2010

KEJOHANAN BOLA TAMPAR TQE1

Pasukan Bola Tampar telah menyertai Pertandingan Bola Tampar peringkat TQE1 di SK Bukit Gading pada 28 Mac 2010.

Paukan Bola Tampar Lelaki

Pasukan Bola Tampar Perempuan

Sesi latihan di waktu petang.


AJK PIBG juga turut turun padang memberi sokongan moral dan tenaga.

Berlatih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran.

Jurulatih pasukan Bola Tampar terdiri daripada En. Wan Ibrahim bin Wan Ali, En. Mohd. Nasir bin Idris dan Pn. Anida bt Che Ismail.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP