Saturday, April 17, 2010

2 PEMAIN SURIA 1 TERPILIH KE KEJOHANAN BOLA JARING MSSK

2 orang pemain dari SK Sri Suria 1 telah terpilih mewakili pasukan Daerah Tanah Merah ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri Kelantan iaitu Nor Arni Nazira Md Ridzuan dan Khaleena bt Zainuddin.


Kejohanan Peringkat MSSK ini berlangsung di Dewan PPD Pasir Mas pada 15hb April 2010. Pasukan PPD Tanah Merah diwakili oleh pemain dari SK Lalang Pepuyu, SK Sri Suria 1 dan SK Sokor.

Pasukan PPD Tanah Merah muncul sebagai juara kumpulan apabila berjaya mengalahkan pasukan dari PPD Pasir Putih, PPD Machang dan PPD Kota Bharu Utara dengan kemenangan mudah.  Pada peringkat separuh akhir pasukan kita telah dipertemukan dengan pasukan PPD Pasir Mas, kemenangan berpihak kepada PPD Tanah Merah dengan jaringan 18-13.  Akhirnya PPD Tanah Merah muncul sebagai johan MSSK setelah berjaya menewaskan PPD Bachok dengan jaringan 11-9.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan kita yang telah menunjukkan semangat berpasukan serta semangat kesukanan yang tinggi..



Penyampaian pingat dan sijil kepada pemain-pemain disempurnakan oleh Puan Hjh Zaiton bt Mohd Zain, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Tanah Merah.

12 orang pemain  Bola Jaring Tanah Merah, selaku johan juga telah menerima sepasang kasut dan juga bakal mendapat wang sumbangan ikhlas daripada En. Ridhuan b. Abdullah dan isteri bernilai RM500 seorang.
                                      En. Riduan bersama isteri dan anaknya Nur Arni Nazira

Syabas dan tahniah  diucapkan kepada jurulatih-jurulatih pasukan bola jaring Sri Suria 1 dan SK Lalang Pepuyu iaitu Pn. Faridah Kadir, Puan Adzleena Wahap, Puan Marina Abu Zahar, Pengerusi teknik Nik Hasni bt Nik Yaakub, PK Ko SKLP En. Chin, En. Kamil serta jurulatih dari SKLP di atas segala komitmen yang ditunjukkan.



                                    

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP