Tuesday, October 27, 2009

KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK 2009


PLD Tanah Merah melalui SK Sri Suria (1) telah menghantar 10 gimnastik ke Kem Bakat Gimnastik 2009 yang diadakan di Kuantan bermula dari 23 hingga 25 Oktober. Kami menginap di Santuary Resort, Cherating. Best juga tempat tu,....maklumlah dekat dengan pantai.

Inilah wakil gimnas dari PLD Tanah Merah semasa bergamabar kenang-kenangan di hadapan Gimnasium SUKPA. Diantara gimnas dari SK Sri Suria (1) ialah Izzat Aiman, Muhd Fauzan, Muhd Shahir Irfan, Muhg Azim Izzuddin dan Muhd Arif Azim (SK Belimbing). Gimnas perempuan pula ialah Noor Shazlien, Siti Nurzat, Siti Nurul Nadirah, Nurul Syasya dan Nur Ain Athirah. Semua gimnas ini ialah murid tahun 4 kecuali Muhd Arif Aim iaitu murid Tahun 2.


Kenangan semasa di dewan makan. Mewah la depa makan tu...siap boleh tambah lagi. Maklumlah makan kat resort, bila lagi nak merasakan suasana makan kat situ. Kan!

Beratur menunggu giliran untuk masuk ke Gimnasium SUKPA.



Amboi! Siap buat 'peace' lagi tu.



Ada sedikit kecederaan pada gimnas kita. Ala......luka sikit je tu. Tapi masa lari dapat nombor 1.




Gembiranya semasa siap latihan di dalam gimnasium.



Hah....inilah ujian "Hand Stand". Sapa yang dapat buat melebihi 60 saat, dapat 10 markah. Kacang je tu...







Inilah cikgu dia yang menghantar gimnas ke Kuantan. Posing bang jangan tak posing....

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP