Saturday, October 24, 2009

SKSS1 CATAT NAMA DI TAEKWANDO CHAMPIONSHIP

Dua orang pelajar SKSS1 telah menyertai Kelantan Invitation Carnival Taekwando Championship Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok, Kelantan pada 23 dan 24 Oktober lalu.

Pelajar tersebut adalah Nik Farizi bin Nik Murzaini dan Nik Md. Fakhiri bin Nik Murzaini. Nik Farizi telah keluar sebagai Johan Kategori Sparring Event 42kg ke atas manakala adiknya Nik Md. Fakhiri telah mendapat Naib Johan kategori Sparring Event 42kg ke atas.

Nik Md Fakhiri Nik Murzaini (Naib Johan) segak bergambar kenangan disisi PK Ko, En Nik Ahmad Fuad.
Nik Farizi Nik Murzaini ( Johan) bangga menerima medal daripada PK Ko, En Nik Ahmad Fuad.

Tahniah buat mereka berdua kerana telah menaikkan nama sekolah dalam bidang seni bela diri tersebut. Tahniah dan Syabas!Tuan GB menerima plak penghargaan bagi pihak sekolah sempena kejayaan dua orang pelajar dalam Taekwando.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP